Sunday, November 22, 2009

-~~Mas_aLah TekNi_k@L~~-

Assalamualaikum,saya minta maaf kalau anda inginkan sambungan cerita kelas Lovebite.com anda terpaksa menuggu kerana da masalah teknikal sedikit.WAssalam

Sunday, November 15, 2009

Episode 2

Akhirnya dia hanya mampu mengeluh sendiri.Fikirannya benar-benar kosong. Perlahan-lahan dia mematikan operasi notebooknya. Tidak berminat untuk meneruskan chit-chat denagn rakan-rakan pengunjung blog ini.Dia bangun, berkawad di dalam bilik.
"Tak boleh jadi ni! Rasa macam nak pecah kepala aku!" Ice mendesisi panjang sejurus keluar dari bilik untuk mendapatkan Miss Ana di tingkat bawah."Terbayang lambaiannya.........salju terbakar kehangatan. Dunia dipenuhi warna bersemi bunga cinta.Kita yang terlena hingga musim berubah.....Mentari menyepi....bernyalalah api cinta uhuk...uhuk! Uwek!"
Ice diam mendengar Miss Ana terbatuk-batuk, menjerit suaranya. Namun bukan lagu 'Isabella' itu yang mencuri perhatiannya. Ada sesuatu .... dia terus menolak daun pintu yang terbuka sedikit itu."Miss Ana!" Bulat matanya melihat Miss Ana.Pengasuhnya yang sedang memegang gitar itu melopong. "Ni Ice punya!" I ce terus masuk dan hendak menyentuh gitar itu namun cepat-cepat Miss Ana melarikannya.
"Eh, tak adalah ! Miss Ana punya ni!" "Yalah! Miss Ana ambil kat tong sampah kat luar tu kan?" Miss Ana diam sejenak. "Mana ada?Tunang Miss Ana yang bagi." "Tunang Miss Ana? Ice diam, mula geram.

Saturday, November 14, 2009

Episode 1

"virgobulancinta.blogspot.com....."

Hai Virgo!Ada berita baik untuk kamu!Akan berlaku perubahan besar di dalam hidup anda pada hujung tahun ini.Mungkin impian yang anda harapkan selama ini akan menjadi kenyataan. Namun Begitu, anda perlu berwaspada agar segala-galanya berada di bawah kawalan anda.Bulan cinta Virgo meriah dihiasi bunga-bunga cinta.Awas! Si dia akan meluahkan perassan pada anda! Itu pun bergantung pada reaksi yang anda tunjukkan!


Ice terdiam sejenak Ramalan bintang itu dibaca berulang kali.
"Alamak!Apa nak jadi ni?"Ice mengetap bibir.Terlalu banyak yang difikirkan saat ini.Satu per satu peristiwa yangberlaku pada hari dia memilih Leo sebagai kekasihnya datang menjengah.Bukan tidak pernah, bukan sekali, tetapi sudah banyak kali Leo meluahkan perassannya. Dan sejak dia memilih Leo, pasti ada sms romantik yang diterimanya.
"So, apa maknanya perubahan besar tu?" Dia berfikir-fikir lagi. Setelah dia 'menceraikan' dan menghampakan Jericho, masih adakah lagi sesuatu yang bernama impian?